Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular

Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular. DUA ekor anjing corgi kesayangan mendiang Ratu Elizabeth II, Muick dan Sandy dilihat setia menanti proses pemakaman tuannya yang diadakan di Istana Windsor.

Menerusi laman sosial Instagram Huffpost, dua ekor anjing tersebut kelihatan setia menanti kehadiran rombongan sambil kelihatan sugul.

“Anjing corgis kesayangan Ratu Elizabeth II kelihatan menanti ketibaan keranda di Istana Windsor. Anjing tersebut yang diberi nama Muick dan Sandy dihadiahkan kepada mendiang raja oleh anaknya, Putera Andrew,” tulisnya.

Terdahulu, kenderaan yang membawa mendiang selamat tiba di Istana Windsor kira-kira pukul 10.40 malam (waktu tempatan).

Kenderaan tersebut bergerak dari Wellington Arch selama dua jam perjalanan selepas upacara penghormatan yang dihadiri pemimpin dunia diadakan di Westminster Abbey.

Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular

Sementara itu di ruangan komen, ramai warga maya seluruh dunia meluahkan rasa simpati mereka melihat nasib yang menimpa Muick dan Sandy.

“Aww kesiannya. Tapi gembira melihat warga Diraja tetap menjaga mereka,” komen seorang wargamaya.

“Pastinya mereka merindui tuannya. Ratu sangat sayangkan anjing-anjing miliknya,” ujar seorang wargamaya.

“Saya harap mereka sempat mengucapkan selamat tinggal pada tuannya,” kata seorang warga maya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HuffPost (@huffpost)

Ratu Elizabeth II selamat disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang turut menempatkan mendiang suaminya, Duke of Edinburgh pada 20 September 2022.

Mendiang Ratu yang berusia 96 tahun disemadikan dalam Bilik Kebal Diraja di St. George’s Chapel selepas tempoh berkabung selama 10 hari berakhir.

BACA:

Chef ni kongsi 5 jenis sos tiram di pasaran, ‘ingat sama je semua’

Patutlah murid ni selalu pakai jaket, rupanya selalu kena dera dengan bapa

CATEGORIES