Rauf akui dirinya seorang yang ‘humble’

Oleh MHDAILY

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menepis dakwaan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘naga, buaya, singa atau harimau’ di Melaka tetapi melihat dirinya sekadar seorang yang ‘humble’ kepada parti.

Memetik laporan Malaysiakini, Rauf ketika ditanya soalan panas oleh Bernama TV dalam satu temu bual eksklusif di Melaka hari ini berkata, berhubung persepsi yang dimainkan pihak tertentu terhadap dirinya, yang didakwa menjadi ‘Abang Besar’ melebihi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, dirinya dilabelkan sedemikian rupa berikutan tanggungjawab dan amanah yang digalasnya di Melaka selain menganggap ia permainan politik pihak tertentu

“Saya dilihat begitu kerana saya memandu dan memayungi pimpinan saya bagi memenangi PRN Melaka, jadi saya menyanggah semua persepsi ini dengan hati terbuka. Bagaimanapun sebagai pemimpin pastinya kritikan selalu ada, dan saya melihat ‘anggapan’ sebegini semuanya adalah permainan politik pihak tertentu.”

Baca Artikel Penuh