Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette

Oleh MHDAILY

Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette. Pihak pendakwaan menutup kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, hari ini, selepas 30 saksi dipanggil memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, memberitahu perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, selepas saksi pendakwaan terakhir yang juga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norsharil Saharom, 37, selesai memberikan keterangan.

Terdahulu, Chin How menawarkan lapan lagi saksi membabitkan kakitangan FELCRA, Public Bank dan SPRM kepada pasukan pembelaan.

Baca Artikel Penuh