Jumlah penerima dari sektor perhotelan – 3,036 lebih kurang sama jumlah penerima dari sektor pendidikan – 3,820. Jumlah guru di Pahang adalah 26 ribu. Ada sektor ekonomi yang lebih penting kepada Pahang selain perhotelan. Hotel masih boleh dibuka mengikut SOP yang ditetapkan.
Alasan untuk mendahulukan Genting dan sektor perhotelan sukar untuk dihadam jika hanya bersandarkan ada kluster besar di Genting dan hotel sebagai pusat kuarantin. Berapa banyak hotel di Pahang jadi dijadikan pusat kuarantin? Sektor pelancongan juga belum boleh bergerak selagi ada sekatan rentas negeri.
Harap Kerajaan Negeri dan Pusat lebih mengutamakan golongan rentan seperti warga emas dan guru sekolah serta memastikan semua frontliners mendapat vaksin mereka terlebih dahulu. Satu soalan kepada Kerajaan Negeri Pahang, daripada 3,036 orang penerima dari sektor perhotelan, berapa untuk Genting Group?
Kalau isu ini tidak viral, adakah Kerajaan Negeri Pahang akan mendiamkan diri sahaja? Bolehkah Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai keutamaan penerima vaksin untuk fasa seterusnya, dan jika ada melibatkan sektor-sektor ekonomi lain yang terpilih?
Maaf bertanya disini kerana Dewan Negeri tak boleh bersidang dan ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk bertanyakan soalan berkaitan COVID19 yang dianggap sangat penting pada ketika ini.
Sumber: