Rasa diri macam pencuri!!, pelanggan rimas sistem cop resit di pasar raya terkenal

Oleh SURIANI HAMDAN

Seorang TikToker, Iman Kamil, mencetuskan persoalan di media sosial mengenai keperluan mencop resit pembelian

oleh pengawal keselamatan selepas selesai membeli barangan di sesetengah pasar raya.

Amalan ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun Iman ingin memahami tujuan sebenar prosedur tersebut.

“Kenapa ya setiap kali beli barang, resit ni saya kena tunjuk dekat pengawal keselamatan untuk dicop? Kalau tak cop, tak boleh ke?

Sebab ada je pasar raya tak payah cop, tak payah tunjuk resit pun,” katanya dalam sebuah hantaran di TikTok.

Rasa diri macam pencuri!!, pelanggan rimas sistem cop resit di pasar raya terkenal

Menerusi video yang dikongsikan kepada lebih 260,000 pengikutnya, Iman merakamkan dirinya baru pulang dari sebuah pasar raya dan menunjukkan proses mengecop resit oleh pengawal keselamatan.

“Ini dah kita simpan dah resit dalam beg, nak kena keluarkan semula. Dia ingat saya nak mencuri ke? Atau ada sesiapa tahu kenapa kena cop benda tu?” tambahnya.

Hantaran tersebut tular, dengan ramai netizen berkongsi pengalaman mereka yang menghadapi situasi serupa.

Seorang pengguna komen, “Pasar raya tempat saya ada dua kaunter. Mula-mula pergi kaunter untuk imbas. L

epas tu kena pergi mesin untuk bayar, dan resit pula kena cop baru boleh keluar palang bahagian luar. Stres saya kadang-kadang.”

Menjawab persoalan ini, Mydin Malaysia, rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, menjelaskan bahawa prosedur tersebut bertujuan mengelakkan kecurian.

“Kena cop sebab nak pastikan resit tu sudah disemak. Ada kes orang masuk semula pasar raya, lepas tu ambil semula barang yang sudah dibeli. J

adi, dia ambil dua atau tiga kali. Alah, cop kejap je,” jelas pihak Mydin.

Prosedur ini mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah orang, namun ia dilaksanakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan barangan yang dibawa keluar benar-benar dibeli.

BACA: Wanita kongsi realiti kehidupan pesakit mental tak boleh dengar bunyi ini

Leave a Comment