Rancangan WHO siasat kali kedua makmal Wuhan ditolak China

WHO

Rancangan WHO siasat kali kedua makmal Wuhan ditolak China. China semalam menolak rancangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan siasatan fasa dua ke atas makmal virologinya di Wuhan, yang didakwa menjadi tempat asal virus Covid-19 mula merebak.

Naib Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) Zeng Yixin berkata Beijing tidak akan menerima rancangan mengesan asal usul virus itu yang didakwa terlepas keluar dari makmal virologi di Wuhan.

Awal bulan ini WHO mencadangkan fasa kedua siasatan dan kajian mengenai asal usul Covid-19 di China, termasuk melakukan audit ke atas makmal dan pasar di Wuhan, sambil meminta Beijing lebih telus.

Zeng berkata dia terkejut ketika pertama kali membaca rancangan WHO kerana menyenaraikan hipotesis bahawa China melanggar protokol makmal sehingga menyebabkan virus itu terlepas keluar ketika dalam kajian.

WHO

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sebelum ini mengatakan teori kebocoran makmal di Wuhan, China tidak dapat diketepikan dan Beijing harus membantu menyelesaikan misteri dari mana asal virus Covid itu bermula.

Sementara pemimpin negara G7 yang bersidang di Cornwall, United Kingdom (UK) pada 13 Jun lalu sepakat mendesak siasatan baharu dilakukan untuk mengetahui asal usul pandemik Covid-19, sambil menggesa China supaya lebih telus.

Susulan kali pertama kes dilaporkan di negara itu pada Disember 2019, masyarakat dunia menganggap virus Covid itu berasal dari China dan mula tersebar sama ada dari makmal virologi atau di pasar hidupan liar di Wuhan.

Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan agensi perisikan negara itu mencari kebenaran mengenai asal usul virus itu, termasuk kemungkinan ia terlepas keluar ketika dikaji di makmal di Wuhan, China.

WHO sebelum itu telah menjalankan siasatan di makmal berkenaan tetapi gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Beijing.

“Kami yakin kebocoran makmal tidak mungkin berlaku dan tidak perlu menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyiasatnya,” kata ketua pasukan China yang menyertai kumpulan pakar WHO ketika melakukan siasatan awal itu, Liang Wannian

Berita  Penuh :https://www.agendadaily.com/dunia/china-tolak-rancangan-who-siasat-kali-kedua-makmal-wuhan/

jika Terlepas: Panas !!! Pelan ketiga Umno untuk keluar dari kerajaan PN