Ramasamy akhirnya keluar DAP, ini puncanya

Ramasamy akhirnya keluar DAP, ini puncanya

Desas-desus bertiup kencang mengenai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, akan meninggalkan parti itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy mengumumkan keluar parti DAP pada pagi Khamis.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Ramasamy akhirnya keluar DAP, ini puncanya

Ramasamy berkata, beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuatkuasa pada Khamis.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi.

Selain itu, beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Setelah berbincang dengan ahli keluarga, rakan terdekat dan orang tertentu, saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam DAP,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai di sini pada Khamis.

Sumber terdekat Ramasamy memberitahu NST bahawa ‘semua menunjukkan ke arah beliau meninggalkan parti.’

“Beliau kecewa dengan keadaan semasa parti lebih-lebih lagi berkaitan pemilihan calon pada PRN. Kita tunggu esok,” katanya.

Ramasamy adalah bekas Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 sehingga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan baru-baru ini.

Ramasamy yang dilihat sesetengah pihak sebagai ‘liabiliti’ kepada DAP kerana ‘sikap berterus-terangnya’ adalah antara lima bekas ahli EXCO yang tidak dicalonkan pada PRN.

Yang lain ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Turut digugurkan ialah bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan bekas ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit. Chun Kit tidak bertanding atas alasan kesihatan.

Satees pula meninggalkan DAP sebelum penamaan calon dan bertanding Bebas mempertahankan kerusi Bagan Dalam.

BACA:Β β€˜Ingatkan kek batik’, Sekian lama kunci peti besi hilang, wanita lega akhirnya boleh buka semula peti besi