Ramalan Bill Gates sekali lagi tepat

Ramalan Bill Gates sekali lagi tepat

Ramalan Bill Gates sekali lagi tepat. Amaran Bill Gates kira-kira tujuh bulan lalu sekali lagi menjadi kenyataan selepas beliau menggesa negara antarabangsa supaya bersiap sedia menghadapi wabak dan serangan cacar pada masa depan.

Menerusi wawancara bersama Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt pada November lalu, Gates turut menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersebut yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

Pengasas bersama Microsoft itu juga mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia baharu yang menelan kos berbilion dolar.

“Negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain perlu terlibat membelanjakan ‘puluhan bilion’ untuk membiayai penyelidikan yang membawa kepada inovasi lain seperti membasmi flu dan selesema biasa.

“Saya berharap dalam tempoh lima tahun, saya dapat menulis buku berjudul ‘We ARE ready for the next pandemic’. Tetapi, ia memerlukan dana yang akan disumbangkan Washington dan London,” kata individu terkaya di dunia itu.

Beliau juga mencadangkan ‘germ-games’ sebagai persediaan untuk tindakan biokeganasan seperti serangan cacar di lapangan terbang.

Ramalan Bill Gates sekali lagi tepat

“Bagaimana negara antarabangsa mahu bertindak balas jika serangan biokeganasan (cacar) itu menyasarkan 10 lapangan terbang di seluruh dunia?

“Ia mungkin boleh mencetuskan wabak lebih dahsyat berbanding yang kita sedang hadapi sekarang,” ujarnya sambil menambah beliau akan terus bercakap tentang persediaan menghadapi pandemik sebagai sebahagian daripada kerja amalnya sebagai dermawan.

Menurutnya, banyak R&D perlu dilakukan untuk persediaan menghadapi pandemik seterusnya seperti menghasilkan vaksin lebih murah dan hanya menggunakan tampalan pada lengan.

Pada 2015, pengasas Microsoft itu pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid-19 dan turut menekankan tentang keperluan negara antarabangsa bersiap-sedia untuk menangani situasi tersebut.

“Jika 10 juta orang terkorban dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ia adalah disebabkan oleh virus berjangkit dan bukan peperangan,” katanya ketika menyertai Ted Talk kira-kira enam tahun lalu.

BACA:

Lelaki belasah orang tua akhirnya dibelasah balik penduduk, dakwa ini puncanya…

Selangor dan NS perkenal projek tanaman jagung, atasi masalah makanan ayam

Keadaan kesihatan Ustaz Kazim, akhirnya Mawi buka mulut

CATEGORIES