Ramainya orang kat wad Siti Nurhaliza, netizen persoal SOP hospital

Oleh MHDAILY

Semalam, 19 April 2021 merupakan tarikh bahagia buat penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami serta ahli keluarga.

Ini kerana pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin itu telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki seberat 3.84kg menerusi kaedah pembedahan.

Sambutan ‘meriah’ di hospital

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Mesra disapa Tokti, kelahiran putera sulungnya itu disambut meriah oleh suami, anak-anak tirinya, ustaz serta jurugambar dan doktor merawat di hospital.

Bagaimanapun, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana prosedur operasi standard (SOP) di hospital tersebut yang membenarkan pelawat selain suami masuk ke dalam wad.

Berikutan kebanyakan hospital tidak membenarkan pelawat menjenguk bayi dan wanita yang baru bersalin.

“Bila bini aku bersalin, sorang pun tak boleh masuk kecuali aku. Bila selebriti bersalin, sesiapa boleh masuk. ‘Double standard’ aku dah penat. Moga rezeki anak-anak dapat pergi ‘overseas’ kerja. Country ni ‘doom’,” tulis lelaki itu di ruangan kapsyen.

Umum tahu, belakangan ini ramai yang mempersoalkan keadilan dan SOP: adakah ia hanya dibuat untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Sumber:https://ohmymedia.cc/ramainya-siap-ajak-jurugambar-ustaz-netizen-persoal-sop-lawat-hospital-tokti/