Ramai MP Umno dah tak sokong, Muhyiddin patut letak jawatan – Mahfuz

Oleh MHDAILY

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana didakwa tidak memiliki sokongan UMNO semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau senada dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan Muhyiddin meletak jawatan berikutan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini dilihat semakin tidak kukuh.

Beliau berkata, desakan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilakukan sebelum berakhir suku pertama 2021 seperti dituntut oleh UMNO juga bukan pilihan terbaik berikutan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat.

Baca Artikel Penuh