Rakyat yang akan tentukan KPI saya – Ismail Sabri

Rakyat yang akan tentukan KPI saya. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak menetapkan apa-apa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk dirinya.

Sebaliknya KPI itu ditentukan oleh rakyat.

Perdana Menteri berkata, fokus utama beliau ketika ini adalah memastikan pandemik Covid-19 ditangani dengan segera.

“Tak ada sesiapa beri KPI kepada saya…tapi rakyat memberi KPI kepada saya.

Rakyat

“Pertama rakyat ingin melihat isu Covid-19 diselesaikan.

”Kedua rakyat mahu ekonomi dipulihkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding waktu pandemik atau sebelum itu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung malam ini.

Dalam pada itu, beliau mahu meliihat penyatuan rakyat di negara ini sebagai satu keluarga dengan lupakan perbezaan.

Menurutnya, agama, kaum, malah fahaman politik perlu diketepikan supaya semua rakyat bersama-sama berganding bahu membangunkan negara.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/03/rakyat-yang-tentukan-kpi-saya-kata-ismail-sabri/

BACA: “Sekarang hanya orang tolak vaksin sahaja berada di ICU Covid-19″