Rakyat Malaysia terlepas hukuman gantung di Singapura

Oleh MHDAILY

Rakyat Malaysia berumur 38 tahun yang terselamat dari hukuman gantung pada 13 Okt 2020 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya dari pertuduhan berat berkaitan dadah, akhirnya melangkah keluar dari tahanan sebagai lelaki yang bebas.

Akhbar Straits Times melaporkan Beh Chew Boo dibebaskan selepas panel hakim yang sama mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap lelaki itu.

Hakim yang terdiri daripada Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong, membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh, menurut akhbar harian itu.

Baca Artikel Penuh