Rakyat Kelantan dijangka akan terus sokong Pas dalam PRU15 – Penganalisis

Oleh MHDAILY

Rakyat Kelantan dijangka akan terus sokong Pas dalam PRU15. Pas akan terus menguasai pentadbiran Kelantan selepas PRU15 memandangkan tiadanya parti pembangkang yang memberi saingan kuat kepada parti itu menurut jangkaan penganalisis.

Meskipun prestasi PAS di peringkat persekutuan tampak terumbang-ambing, realiti politik di Kelantan berbeza, kata Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali

Menurut Dr Mazlan Ali, salah satu faktor utama adalah kelemahan pihak pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) untuk memberi cabaran kepada PAS.

“Melainkan jika PH bekerjasama dengan Umno untuk lawan PAS secara satu lawan satu pada PRU15. Tetapi peluang kerjasama antara Umno dan PH masih kelam.

“Umno sendiri belum pulih daripada masalah walaupun ia seolah-olah kelihatan semakin kuat, tetapi kemenangan di PRN Melaka disebabkan peratus pengundi yang turun mengundi rendah. Tiada peningkatan undi popular Umno di negeri itu.

“Selain itu Umno juga berdepan masalah dalaman, misalnya persaingan antara kluster mahkamah dengan kluster kabinet serta budaya cah keting dalam Umno Kelantan yang tidak pernah berakhir,” kata Dr Mazlan Ali seperti yang dilapor kepada Malaysiakini.

kelantan

Di pihak Umno pula kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob pula dilihat lemah terutama dengan persepsi kegagalan menguruskan bencana banjir dengan baik baru-baru ini kata Dr Mazlan Ali lagi.

Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana kemampuan PAS mempertahankan kerajaan Kelantan dengan mengambil kira situasi politik semasa.

Ketika ini, PAS mentadbir 36 daripada 44 kerusi DUN di negeri itu. Umno memegang 7 kerusi manakala Bersatu dengan 1 kerusi.

“Berdasarkan situasi politik, PAS telah membina hubungan dengan Bersatu dalam PN. Dalam PRN Melaka, undi calon-calon PAS meningkat dengan adanya sokongan PN.

“Jadi, tidak mustahil PAS juga akan mendapat lonjakan sokongan hasil kerjasama tersebut. PAS mungkin dilihat rakyat lebih ikhlas membina ummah berbanding Umno,” katanya Dr Mazlan Ali.

Selain itu tambah Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), budaya politik orang Kelantan bersifat tradisional, kedaerahan dan berada atas garisan Islam.

Ujar Mazlan, meskipun pembangunan penting, tetapi bagi budaya politik Melayu Kelantan ia bukanlah segala-galanya.

“Mereka mahu pembangunan seimbang dan berasa selamat dunia dan akhirat apabila dipimpin ulama dari ‘parti Islam’.

“Mereka mahu kepimpinan yang rendah diri, kukuh moral, tidak sombong dan dengan imej berpaksi agama. Maka, Umno tidak dilihat majoriti rakyat Kelantan sebagai pilihan ganti kepada PAS yang berkuasa sejak 32 tahun lalu,”

Apakah faktor penyertaan PAS dalam kerajaan persekutuan akan mempengaruhi prestasi parti itu dalam PRU15, kata Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali tidak melihatnya sebagai satu kelebihan utama.

“Saya tak nampak ada kelebihan. Malah royalti yang diberi kerajaan PH juga ditarik kerajaan pusat yang disertai PAS.

“Setakat ini, tak nampak pembangunan luar biasa di Kelantan. Lebuh raya dua lorong pun setakat sempadan Kelantan (Gua Musang) sahaja.

“Tetapi saya fikir rakyat Kelantan tetap bersangka baik kepada kerajaan PAS,” .

BACA JUGA :
Exco dikritik hebat kerana ‘claim’ peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu
Komen Presiden Pas adalah kurang wajar, kata pemimpin Umno
”Pas akan terus istiqamah main dua kolam”