Rakyat Afghanistan berpaut pada kapal terbang US, tak mahu tinggal disana

Afghanistan

Rakyat Afghanistan berpaut pada kapal terbang US, tak mahu tinggal disana.Satu rakaman memaparkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara itu tular di media sosial, semalam.

Menurut kemas kini laman Instagram dengan akaun bernama @samchui, tindakan nekad itu dilakukan kerana penduduk di situ ingin segera keluar dari Afghanistan yang kini sudah dikuasai oleh tentera Taliban.

“Kasihan, ramai yang cuba mengejar malah berpaut pada sayap kapal terbang yang meninggalkan Kabul kerana tidak sanggup lagi berada di Afghanistan.

Afghanistan

 

“Lapangan terbang awam Kabul kini sudah ditutup dan laluan udara telah diserahkan kepada pihak tentera,” tulis keterangan video.

Kelmarin, tentera Taliban mengumumkan sudah merampas pentadbiran Afghanistan dan kini sedang menunggu transisi tampuk pemerintahan secara aman.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/16/kejar-pesawat-kerana-tidak-sanggup-tinggal-di-afghanistan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kejar-pesawat-kerana-tidak-sanggup-tinggal-di-afghanistan

BACA: Terkini !!! Setiap MP diarah kemuka calon PM kepada Istana

COMMENTS

Wordpress (0)