Raja Thailand ampunkan 200,000 banduan sempena hari kelahiran

Oleh MHDAILY

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan memberikan pengampunan diraja kepada 200,000 tahanan penjara sempena sambutan ulang tahun ke-69 baginda, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Seramai 35,000 banduan daripada jumlah tersebut pula akan dibebaskan dengan parol manakala selebihnya mendapat pengurangan hukuman seiring dengan titah baginda.

Ketua Pengarah Jabatan Pembetulan, Aryut Sinthoppan berkata, tahanan tersebut sama ada akan dibebaskan atau dikurangkan hukuman di bawah Dekri Pengampunan Diraja 2021 dalam tempoh 120 hari bermula semalam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

thailand

Raja Maha Vajiralongkorn berkenan beri pengampunan diraja buat 200,000 banduan di Thailand.

β€œKesemua 35,000 banduan yang layak dibebaskan dengan parol kini berada di 143 penjara di seluruh negara,”kata Aryut.

Beberapa peraturan baharu turut ditambah dalam dekri tersebut termasuk membebaskan beberapa tahanan warga emas yang menghidap sakit kronik.

Tahanan berusia 60 tahun dan keatas yang menerima rawatan sekurang-kurangnya setahun bagi salah satu penyakit seperti lumpuh, nyanyuk, gangguan otak, penyakit paru-paru, anaemia dan kegagalan hati layak diberi pembebasan awal.

β€œDekri baharu ini bagaimanapun tidak diguna pakai ke atas kesalahan seperti kesalahan jenayah berulang, tidak berkelakuan baik dalam tahanan, penyeludupan dadah dan berdepan hukuman mati,” tegas Aryut.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/29/raja-thailand-beri-pengampunan-diraja-kepada-200000-banduan/

BACA JUGA :Β Hancur katil di asrama Olimpik dikerjakan atlet Israel