Rahsia buat roti canai garing homemade terdedah, confirm jadi!

Rahsia buat roti canai garing homemade terdedah confirm jadi

Rahsia buat roti canai garing homemade terdedah, confirm jadi!. Kalau buat kari dan kuahnya banyak lagi, elok sangat jika buat roti canai. Cicah dengan kari macam ni memang sedap.

Nak buat roti canai homemade tak perlulah tebar-tebar macam kat kedai mamak. Tarik atas dulang pun dah cukup. Tapi kalau nak roti canai jadi nipis, dan garing boleh guna cara yang dikongsi oleh Rahmah Rosmin.

Buat roti canai homemade yang nipis dan garing, tak perlu tebar

Rahsia buat roti canai garing homemade terdedah, confirm jadi!

Sarapan hari ni roti canai homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik saja atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis.

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air – anggaran saja, tuang sedikit demi sedikit sambil uli hingga mnjadi doh.

Cara Buat Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing
Cara membuat:

1. Satukan susu,telur,garam dan air-kacau sampai larut.

2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas, kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yg licin dan lembut.

3. Bentuk jadi bulat anggaran 75g-80g setiap satu.

4. Sapu setiap satu doh dengan marjerin dan letak dalam bekas. Tuang sedikit minyak masak, perap adunan 6-7 jam atau semalaman. Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tarik. (Tarik guna belakang dulang. Ratakan dan tarik sampai nipis kemudian lipat. Macam mak kita buat dulu).

5. Bolehlah digoreng menggunakan minyak yang sedikit saja.

Cara Buat Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing

Selamat mencuba.

BACA:

Netizen jatuh hati tengok muka Didie Alias masa muda, cantik sangat ni!

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

Patutlah baju bundle ni jadi rebutan, ada ‘sesuatu’ rupanya

CATEGORIES