Rahmad Mega buat kejutan di Majlis Konvokesyen anak

Oleh MHDAILY

Rahmad Mega buat kejutan di Majlis Konvokesyen anak. Penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau Rahmad Mega membuat kejutan untuk anaknya, Suhazri Amrin pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 di Kompleks Sukan UMP, di sini, semalam.

Selain muncul di pentas, Rahmad turut menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani Suhazri, 25, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama konvokesyen itu.

Suhazri Amrin antara penerima ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan diploma yang disampaikan oleh Pro Canselor UMP, Tan Sri Dr Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Baca Artikel Penuh