Rafah tu apa? Ini fakta daerah terakhir penduduk Gaza ramai wajib tahu

Daripada sebuah negara berdaulat yang berkeluasan 6,020 kilometer persegi di Timur Tengah dan terletak antara Laut Tengah serta Sungai Jordan.

Pusat pentadbiran Palestin kini terletak di Ramallah. Wilayah negara ini merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Serangan yang berlaku membuatkan rakyat Palestin kini mendapatkan perlindungan di kota terbesar mereka iaitu di Rafah.

Namun ketika rakyat Palestin berlindung di kubu terakhir, tentera Zionis menyasarkan pula

Bandar di Selatan Gaza tersebut dengan alasan tentera Hamas berpengkalan disitu.

Rafah tu apa? Ini fakta daerah terakhir penduduk Gaza ramai wajib tahu

1. Lokasi Rafah

Terletak 30 kilometer di selatan Gaza, Rafah kini menjadi tempat perlindungan bagi lebih daripada 1.5 juta orang rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Mereka berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Bagaimanapun jumlahnya semakin berkurang berikutan angka kematian yang meningkat akibat serangan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Malah, hospital dan kemudahan kesihatan turut dimusnahkan.

2. Fungsi asal Kota Rafah

Daripada pertengahan 1930-an British meningkatkan kawalan sempadan dan Rafah berkembang sebagai sebuah bandar sempadan kecil yang berfungsi sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan untuk penduduk Beduin.

Semasa Perang Dunia Kedua ia menjadi pangkalan British yang penting. Berikutan Perjanjian Gencatan Senjata 24 Februari 1949, Rafah terletak di Gaza yang diduduki Mesir dan akibatnya, sempadan Gaza-Mesir tidak lagi wujud.

Dalam Perang Enam Hari 1967, Israel menakluki Semenanjung Sinai dan Semenanjung Gaza daripada Mesir dan semua bandar itu kini berada di bawah pendudukan Israel.

Pada tahun 1979, Israel dan Mesir menandatangani perjanjian damai bagi mengembalikan Sinai, yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, kepada kawalan Mesir.

Dalam Perjanjian Damai, sempadan Gaza-Mesir yang dicipta semula telah dilukis merentasi bandar Rafah.

3. Persempadanan semula selepas perjanjian damai 1979

Apabila Israel berundur dari Sinai pada tahun 1982, Rafah berpecah kepada bahagian Gaza dan Mesir, yang mana teras bandar telah dimusnahkan untuk mewujudkan zon penampan yang besar.

Rafah ialah tapak Penyeberangan Sempadan Rafah, satu-satunya titik persimpangan antara Mesir dan negara Palestin.

Kota tersebut juga pernah mempunyai lapangan terbang yang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat dan telah beroperasi dari 1998 hingga 2001 sebelum ia dibom dan dibuldos oleh tentera Israel.

4. Tragedi berdarah dalam tempoh 75 tahun konflik

Pada musim panas tahun 1971, IDF di bawah Jeneral Ariel Sharon menghancurkan sekitar 500 rumah di kem pelarian Rafah bagi membina laluan untuk pasukannya. Serangan tersebut menyebabkan hampir 4,000 orang dipindahkan.

Kemudian pada tahun 1989, terjadi penembakan lima orang awam oleh tentara perbatasan Israel di Rafah.

Pada tahun 2004 pula, pemerintah Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ariel Sharon melakukan pencerobohan ke atas rumah-rumah orang awam di Rafah.

5. Pelarian Palestin berlindung di Kota Rafah

Memetik laporan Al Jazeera, Rafah kini berkeluasan 64 kilometer persegi, dan ketika Israel menyerang Gaza selama empat bulan terakhir, semakin ramai orang awam dipindahkan ke wilayah perbatasan ini.

Sekitar 1.4 juta rakyat Palestin telah bergerak ke Rafah akibat pengeboman Israel yang tiada henti hingga menewaskan hampir 30,000 penduduknya.

Meskipun pemerintah Israel menyatakan bahagian selatan Gaza sebagai zon aman, namun tentera rejim Zionis terus mengebom wilayah tersebut secara ekstensif.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, bom seberat 2,000 paun dianggarkan telah dijatuhkan sebanyak 200 kali pada 21 Disember 2023.

6. Wilayah persempadanan yang penting

Rafah merupakan satu-satunya lokasi penyeberangan persempadanan antara Gaza dan Mesir.

Susulan daripada itu, ia menjadi wilayah penting untuk memudahkan akses bantuan seperti kemudahan perubatan, bekalan makanan dan sebagainya kepada rakyat Palestin.

Disebabkan itu, rakyat Palestin sering berhadapan kesulitan apabila sempadan Rafah ditutup atau dihalang rejim Zionis.

BACA: Balai Polis Ulu Tiram diserang, 2 anggota Polis maut, ini butiran suspek ramai nak tahu