Raba anak dara sendiri berusia 15 tahun dalam Tik Tok

Oleh MHDAILY

Perkhidmatan perlindungan sosial Turki menyelamatkan seorang remaja daripada bapanya dan menahan lelaki itu selepas menyiarkan klip TikTok menunjukkan dia sedang “mendera” anak gadisnya secara lisan dan fizikal.

Lelaki dikenali sebagai Hasan Tunclar itu dilihat meraba anak perempuannya yang berusia 15 tahun sambil memuji kecantikannya ketika duduk berdua di sofa.

“Segala puji bagi Tuhan, dia semanis krim,” kata Tunclar dalam klip itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kementerian perkhidmatan sosial Turki berkata “kanak-kanak itu kini diletakkan bawah perlindungan kami” dan lelaki yang melakukan “penderaan lisan dan fizikal itu” kini ditahan.

Negara 83 juta penduduk itu sering dikejutkan oleh perkongsian di media sosial, memaparkan tindakan kekerasan fizikal atau seksual terhadap gadis dan wanita yang sering dilakukan anggota keluarga mereka sendiri.

Terdahulu, satu video menunjukkan seorang lelaki sedang memukul bekas isterinya di depan anak mereka yang berusia lima tahun turut tular.

Susulan itu, Parlimen Turki menubuhkan sebuah jawatankuasa yang bertujuan untuk merangka cara bagi menangani penyalahgunaan tersebut.

Kumpulan hak asasi wanita menuduh kerajaan Turki dan sistem keadilan negara itu menjadi penyebab wujudnya budaya impuniti (bebas daripada hukuman) di mana kadar jenayah dan pembunuhan terhadap wanita meningkat setiap tahun.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/03/16/bapa-cabul-anak-di-tiktok-ditahan/