Qistina Raisah nasihat jangan bercinta dengan lelaki ‘insecure’ – “letih kena kongkong”

Qistina Raisah nasihat jangan bercinta dengan lelaki insecure letih kena kongkong

Qistina Raisah nasihat jangan bercinta dengan lelaki ‘insecure’ – “letih kena kongkong”. Baru-baru ini pelakon, Qistina Raisah memuat naik satu video TikTok mengenai hubungan percintaan.

Menerusi hantaran tersebut, Qistina, atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, berkongsi pengalaman bercinta dengan dan menasihati agar wanita di luar sana supaya menjauhkan diri daripada lelaki bersifat ‘insecure’.

Bercerita lebih lanjut, Qistina menyatakan lelaki ‘insecure’ selalunya suka bersikap mengongkong yang menyebabkan kepada perhubungan toksik.

I nak cakap something based on my pengalaman, maybe lah orang kata adik kau ni kecil lagi kan, tak payah fikir sangatlah benda-benda macam ini. Tapi saya tetap nak cakap juga…

…Bagi saya perempuan dekat luar sana tak kisahlah rupa awak macam mana pun. Tolonglah jangan bercinta dengan lelaki yang insecure…

Qistina Raisah nasihat jangan bercinta dengan lelaki'insecure' - "letih kena kongkong"

…Sebab kenapa? Lelaki yang insecure ni sangat teruk. Dia akan kongkong you. Bukan kongkong yang normal tau….
…Tapi dia akan kongkong you tahap dewa punya kongkong tu, sampai jadi toxic gila.”

Tambahnya lagi, lelaki ‘insecure’ selalunya akan cemburu walaupun melihat pasangan sendiri bersikap ramah dengan orang lain sehingga menyebabkan pergaduhan.

Kalau macam I sejenis orang yang kena berjumpa orang, friendly, suka berkawan dan tak sombong pun boleh jadi isu.“

Terdahulu, Qistina Raisah pernah dikritik warganet selepas dia dikatakan bercinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.

BACA:

Kecoh isteri MB Kelantan pakai handbag mewah RM26K

Apa dia ajaran sesat Millah Abraham ini sebenarnya?

Pemancing berjaya naikkan patin paling besar dunia selepas 90 minit bertarung

CATEGORIES