Putus dengan Amelia, Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha pula?

Oleh MHDAILY

Putus dengan Amelia, Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha pula?. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila hubungan pasangan kekasih selebriti, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan sudah berakhir selepas mereka memuat naik ciapan sedih di laman Twitter. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dilihat ‘unfollow’ media sosial masing-masing.

Aedy dan Daiyan mesra di konsert Coldplay?
Terbaharu, perkongsian pelakon Aedy Ashraf di laman Instagram miliknya bersama penyanyi, Daiyan Trisha telah menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Aedy dan Daiyan dilihat sedang asyik menyanyi bersama di sebuah konsert kumpulan Britain, Coldplay di stadium Wembley, London.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bercinta dengan Daiyan pulak ke?

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai bertanya status hubungan mereka berdua yang dilihat seperti pasangan kekasih.

Putus dengan Amelia, Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha pula?

Dulu kemain lagi melamar Amelia jadi kekasih depan orang ramai…

Malah, ada yang meluahkan kekecewaan dan rasa lucu apabila mengimbau kembali momen Aedy melamar bekas kekasihnya, Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 beberapa bulan yang lalu.

Kahwin cepat dengan Daiyan tu…

Ini baru konsert sebenar!

Selain itu, ramai meninggalkan komen mengenai suasana konsert Coldplay yang dikongsikan oleh Aedy dengan mengatakan ia adalah konsert sebenar jika hendak dibandingkan dengan persembahan Billie Eilish yang berlangsung semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BACA:

Waspada pengguna iPhone, Apple keluar amaran berisiko digodam

Ifa Raziah sekolah netizen, ‘nanti ada Politaik Agama cakap dosa besar pulak!’

Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal ‘perform’ tak dilayan orang