Putrajaya kini dah ada pantai, “pemandangan macam luar negara…”

Putrajaya kini dah ada pantai, “pemandangan macam luar negara…”.Selepas sekian lama sepi dari kehadiran pengunjung, Tapak Anjung Floria di Presint 4 di sini, kembali meriah dengan kehadiran orang ramai selepas dibaik pulih Perbadanan Putrajaya (PPj).

Ketua Penolong Pengarah Alam Sekitar Tasik dan Wetlands PPj, Wan Sabarudin Wan Ahmad, berkata pembukaan Sisiran Floria ‘berwajah baru’ bermula semalam, adalah sempena Hari Wilayah dan Tahun Baharu Cina.

Putrajaya kini dah ada pantai pemandangan macam luar negara

Menurutnya, kawasan ini menjadi satu lagi tarikan pelancongan baharu Putrajaya membabitkan lima bahagian iaitu pantai berpasir (sandy beach), bot kawalan jauh, memancing, berkhemah dan kayak.

Katanya, lokasi ‘sandy beach’ masih melalui proses akhir penambahbaikan

dan dijangka dibuka kepada orang ramai bermula 15 Februari ini.

Putrajaya kini dah ada pantai pemandangan macam luar negara

“Tarikan baharu ini adalah usaha PPj meningkatkan lagi jumlah pengunjung di pusat pentadbiran kerajaan. Pengunjung hanya dikenakan sedikit bayaran, “katanya.

Tinjauan ke Sisiran Floria mendapati kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung sebaik cuti Hari Wilayah dan Tahun Baharu bermula kelmarin.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berkayak, memancing dan bersantai bersama keluarga di tepi tasik.

Putrajaya kini dah ada pantai pemandangan macam luar negara

Pekerja swasta, Zainuddin Wan Ismail,34, dari Kampung Seri Tanjung, Dengkil, berkata, dia datang bercuti di kawasan ini bersama keluarga selepas mengetahui Sisiran Floria dibuka melalui laman Facebook PPj.

Menurutnya, dia gembira dapat menghabiskan cuti di sini, bersama ahli keluarga dalam suasana persekitaran yang damai serta menyeronokkan.

Tonton:

Berita Lain:

Tular Roslan Shah pitam di live TV3, ini keadaan terkini selebriti itu

Kecoh Abang Viva tipu duit orang, sekali tuan badan jawab..

Iman Troye akhirnya tersingkir dari Masked Singer, peminat tak puas hati

CATEGORIES