Puteri Sarah bidas Dusuki Rani menyibuk hal rumah tangga, “apa kata ustaz call Syamsul..”

Puteri Sarah bidas Dusuki Rani menyibuk hal rumah tangga apa kata ustaz call Syamsul

Puteri Sarah bidas Dusuki Rani menyibuk hal rumah tangga, “apa kata ustaz call Syamsul..” Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut terpanggil untuk memberi pandangannya berhubung isu pergolakan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Dusuki, 47, menyatakan pendapatnya yang mana dia mengharapkan Sarah dapat menyelesaikan konflik rumah tangganya secara rasional selain penceraian bukanlah jalan terbaik untuk menamatkan segala kemelut tersebut.

“Rahmat Allah itu terlalu luas. Jalan damai pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum.

“Binalah kekeluargaan mukmin dgn kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan gangguan syaitan menganggu perasaan, jadilah kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.

“Usah dikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakan,” tulis Dusuki di ruangan kapsyen.

Pendapatnya itu kemudiannya mendapat respon balas daripada Sarah yang meninggalkan komen agar pendakwah tersebut bertemu sendiri dengan suaminya dan memberikan nasihat secara bersemuka terhadap Syamsul.

“Saya cadangkan ustaz berjumpa Mohd Shamsul dan nasihat dia supaya minta maaf dan jadi suami yang bertanggungjawab sebab masalah itu datang daripada dia.

“Orang keliling dia semua tidak tahulah nasihat benda yang betul ke tidak sampaikan jadi macam ini.

“Apa kata ustaz call atau mesej Mohd Shamsul sebab cakap mama dan papa dia pun dia tak dengar. Mana tahu ustaz boleh bantu,” tulis Sarah.

Pendakwah Saran Tak Ikut Emosi Sampai Minta Cerai, Puteri Sarah Respon; “Apa Kata Ustaz Call Syamsul Sebab Masalah Itu Datang Daripada Dia.”

Puteri Sarah bidas Dusuki Rani menyibuk hal rumah tangga, "apa kata ustaz call Syamsul.."
Kemelut antara Syamsul, 39, dan Sarah, 38, hangat diperkatakan selepas pengarah itu mengumumkan dia sah bergelar suami kepada Ira Kazar, 28, menerusi pendedahan yang dibuat di laman Instagram miliknya pada 6 Januari lalu.

Pasangan itu bernikah di Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.

Susulan tidak rela hidup bermadu, Sarah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata dia akan memfailkan perceraian pada Isnin ini.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.

BACA: 

Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab, “ingat nak mati dah..”

Keluarga perempuan nekad batal perkahwinan selepas gagal terima mas kahwin RM21K

CATEGORIES