Pusat Perlindungan buat keuntungan juta-juta jual bayi anak yatim dan wanita terlanjur

Pusat Perlindungan buat keuntungan juta-juta jual bayi anak yatim dan wanita terlanjur. Beberapa pusat perlindungan yang menempatkan anak-anak yatim dan remaja hamil di negara ini didakwa me­ngaut keuntungan mencecah puluhan ribu ringgit dengan ‘menjual’ bayi baru lahir kepada individu yang mahu mendapatkan anak angkat secara segera.

Difahamkan, bayi baru dilahirkan itu akan diserahkan kepada pasangan terbabit de­ngan caj sekitar RM5,000 hingga RM20,000 seorang bergantung kepada keturunan, warna kulit, warna rambut selain keadaan fizikal seperti berwajah comel.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi (Operasi) Persatuan Kebajikan Anak Kami, Ku Noor Ammarah Ku Amir berkata, penjualan bayi itu dikesan berlaku di beberapa rumah perlindungan yang berselindung di sebalik aktiviti menjaga gadis-gadis terlanjur.

Baca Artikel Penuh