Pusat pemberian vaksin di Amerika ada yang mula ditutup

Pusat pemberian vaksin di Amerika ada yang mula ditutup

Pusat pemberian vaksin di Amerika ada yang mula ditutup. Sasaran pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus penduduk semakin tipis apabila kebanyakan pusat-pusat pemberian vaksin di negara itu mula ditutup, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Ia susulan beberapa negeri di AS sudah menamatkan sekatan berkaitan Covid-19 sekali gus mengehadkan pilihan lokasi untuk penduduknya menerima vaksin.

“Antara lokasi yang ditutup baru-baru ini adalah pusat vaksinasi besar-besaran di United Centre, Chicago, Pusat Reggie Lewis di Boston dan klinik-klinik berskala besar di seluruh New York,” kata satu laporan yang diterbitkan akhbar Wall Street Journal minggu lepas.

vaksin

Bagaimanapun, laporan itu berkata, meskipun pusat-pusat tersebut ditutup, penduduk mempunyai akses yang luas untuk mendapatkan vaksinasi di farmasi-farmasi runcit.

“Mereka tidak perlu lagi mendapatkan janji temu atau hanya tertakluk kepada penerima berdasarkan keperluan,” ujarnya.

Sementara itu, laporan tersebut menjangkakan pada musim sejuk dan sepanjang musim bunga ini, cabaran yang akan dihadapi adalah untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi.

“Bagaimanapun, disebabkan sebahagian besar penduduk AS yang secara sukarela telah pun menerima vaksin, program vaksinasi kini tertumpu kepada usaha untuk memvaksin mereka yang enggan dan tidak mempunyai akses yang mudah,” tambah laporan tersebut.

Sebelum ini, penyelaras Covid-19 White House, Jeffrey Zients berkata, sasaran 70 peratus yang diletakkan oleh Biden pada bulan Mei lepas telah pun dicapai dalam kalangan mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/04/pusat-pemberian-vaksin-as-mula-ditutup/

Jika Anda terlepas: Rakyat Bachok masih ada yang tinggal di rumah buluh