Puncanya bergaduh dalam FB, berkesudahan dengan bakar membakar kereta

Oleh MHDAILY

Perselisihan faham berhubung hantaran di Facebook (FB) mencetuskan pergaduhan empat lelaki dan seorang wanita hingga sebuah kereta dirosakkan serta dibakar di Bandar Kinrara, Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4 petang selepas seorang lelaki menggunakan seketul batu dan bertindak merosakkan serta memecahkan cermin kereta Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan.

Menurutnya, suspek dalam keadaan marah telah menjerit dan membuat provokasi serta memecahkan lampu serta cermin belakang kereta itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Puncanya bergaduh dalam FB, berkesudahan dengan bakar membakar kereta

Perselisihan faham berhubung hantaran di Facebook dilaporkan mencetuskan pergaduhan empat lelaki dan seorang wanita hingga sebuah kereta dirosakkan serta dibakar di Bandar Kinrara, Serdang, semalam.

“Kejadian itu juga tular di media sosial FB di mana terdapat empat video berdurasi seminit 30 saat, seminit 26 saat, seminit 15 saat dan 47 saat.

“Seterusnya, pihak polis mengambil tindakan dengan menahan suspek terbabit sebelum turut menahan seorang lagi lelaki dan wanita bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Harian Metro.

Anbalagan berkata, kereta itu kemudian dilaporkan dibakar pula pada 8.40 malam.

“Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengaku membakar kenderaan terbabit.

“Selain itu, seorang lagi lelaki yang juga pemilik kenderaan terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan pelbagai hantaran dimuat naik di FB. Semua suspek yang ditahan itu berusia 36 hingga 42 tahun.

“Dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi yang ditahan kerana membakar kereta disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan di luar batas undang-undang yang boleh mencetuskan kegusaran dan mengancam keselamatan awam,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/30/pergaduhan-di-fb-terbawa-bawa-kereta-dirosakkan-dibakar/

BACA JUGA : Remaja dakwa diperkosa ‘makhluk halus’ hingga hamil