“Punca bermula bila isteri bertukar sekolah dan berkenalan dengan seorang guru lelaki, hubungan mereka semakin rapat apabila selalu berurusan berkaitan PIBG”

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian.. Saya seorang duda anak 4 (kesemuanya perempuan yang masih kecil).

Yang sulong darjah 5 dan yang bongsu baru 2 tahun lebih. Saya ingin luahkan kisah penceraian saya.

Ramai di kalangan kenalan saya mahupun kenalan bekas isteri masih belum tahu status penceraian, hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Punca bermula bila isteri bertukar sekolah dan berkenalan dengan seorang guru lelaki, hubungan mereka semakin rapat apabila selalu berurusan berkaitan PIBG"

Seperti kebiasaan apabila ada yang tahu kita bercerai, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka, ini confirm salah si lelaki.

Ini juga yang terjadi kepada saya apabila ada di kalangan sepupu yang tahu status kami kini. Saya percaya yang ini adalah kehendak Allah mungkin atas kekhilafan dan kifarah kepada saya sendiri.

Baca Artikel Penuh