Puluhan kereta kebal Russia sudah masuk ke Ukraine, perang besar akan bermula?

Puluhan kereta kebal Russia sudah masuk ke Ukraine, perang besar akan bermula? Beberapa buah kereta kebal milik tentera Rusia kini didakwa telah bergerak ke Donetsk, kawasan timur Ukraine.
Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh koresponden The National News, Joyce Karam di Twitter, beberapa buah kereta kebal dilihat menuju ke arah bandar di timur Ukraine itu sekitar jam 1.59 pagi waktu tempatan.
Menurut Karam, ia berikutan daripada arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menghantar ‘penjaga keamanan’ di sana.
Footage obtained tonight by Le Figaro of #Russia tanks headed in direction of Donetsk #Ukraine following Putin’s order to send ‘peacekeeping’ forces.
1:59 am there: pic.twitter.com/UoKHeAj75d
— Joyce Karam (@Joyce_Karam) February 21, 2022
Dalam pada itu, wartawan Yeshiva World News, Moshe Schwartz juga memuat naik rakaman situasi semasa melalui hantaran di Twitter.
Menerusi video, pergerakan kereta kebal mula dikesan di wilayah Bryansk, iaitu kira-kira 15 batu dari sempadan.
Dakwanya lagi, 45 buah kereta kebal dilihat di Belgorod dan dikatakan sedang menuju ke arah sempadan.
This video uploaded 3 hours ago is located in the Bryansk region of Russia, about 15 miles from the border.
The tanks are driving South off the road towards the Ukrainian border.
📍I’ve geolocated this video with high confidence to 52.548883,32.961264 (Google Street View avail) pic.twitter.com/gHtWaO8cZn
— Moshe Schwartz (@YWNReporter) February 21, 2022
Belgorod Region of Russia today, per video author. pic.twitter.com/rp9bv5a7uf
— Moshe Schwartz (@YWNReporter) February 21, 2022
BREAKING: Footage emerges of Russian tanks and military vehicles deploying to Donetsk
— The Spectator Index (@spectatorindex) February 22, 2022
VIDEO: Russian military vehicles deploying to Donetsk
(Source: Al Jazeera and @yasiremres) pic.twitter.com/47wNyKhBAg
— The Spectator Index (@spectatorindex) February 22, 2022
Sementara itu, Putin semalam telah mengarahkan tenteranya memasuki kawasan yang dikuasai Rusia di tenggara Ukraine berikutan keputusan mengiktiraf wilayah itu sebagai negara merdeka, lapor The Guardian.
Keputusan itu bagaimanapun dilihat oleh Ukraine dan sekutu barat sebagai ‘pendudukan’ atau pencerobohan dan sekatan keras ke atas negara itu mungkin akan tercetus.
Penempatan itu didedahkan dalam teks dua dokumen perjanjian yang ditandatangi Putin dengan pemimpin republik pemisah pada Selasa.
Artikel ketiga perjanjian itu memperuntukkan ‘pelaksanaan fungsi pengaman oleh angkatan tentera Persekutuan Rusia’ di Republik Rakyat Luhansk dan Donetsk.
Pegawai Ukraine juga berkata tentera Rusia mungkin sudah memasuki wilayah pemisah. Menurutnya, penduduk tempatan di bandar Makiivka, iaitu 15km di barat Donetsk telah melihat kenderaan berperisai Rusia sedang bergerak.
Tonton:
Baca:
Bumbung pesawat tercabut di ketinggian 24 Ribu kaki, ini yang berlaku akhirnya
“Ingat batu biasa, rupanya lebih mahal dari emas”, tak sedar selepas bertahun simpan
Tindakan polis hulur sesuatu kepada pengutip barang lusuh buat netizen tersentuh