Pulau Pinang hanya berhak guna 5 peratus air Sungai Muda, kata Sanusi

Oleh MHDAILY

Berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam ‘hak riparian’ yang diguna pakai serta menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, Pulau Pinang hanya layak menggunakan lima peratus sahaja air daripada sumber dari Sungai Muda.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan, negeri jiran itu ketika ini telah menggunakan 56 peratus sumber air dari sungai berkenaan berbanding negeri Kedah sendiri, iaitu hanya sekitar 44 peratus.

Ujarnya, penggunaan air dari kawasan tadahan air Ulu Muda itu juga dibuat tanpa melakukan sebarang bayaran kepada kerajaan negeri itu serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Baca Artikel Penuh