PUBG punya pasal, pasangan bercerai selepas kantoi isteri ‘main’ dengan lelaki lain. Seorang lelaki menyesal tak sudah apabila hadiah telefon bimbit yang diberikan kepada isterinya menjadi punca mereka bercerai selepas wanita itu kemaruk bercinta dengan suami orang yang dikenali menerusi permainan video Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).
Mengimbau semula kejadian itu, Harman (bukan nama sebenar), 35, memberitahu, hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran bekas isterinya ketika wanita itu sedang hamil anak sulung mereka. Katanya, pada mulanya bekas isterinya sekadar suka-suka bermain PUBG untuk mengisi masa lapang sebelum wanita yang dikahwininya kantoi bersama lelaki lain.
Dalam kes terbaru, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya dengan suami yang terlalu ketagih dengan PUBG yang menyebabkan kerja dan tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan baik.
Lebih teruk lagi, pengadu yang sedang hamil empat bulan bersama dengan anak sulungnya berusia tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu lebih dari sebulan selepas tidak puas hati ditegur isteri akan ketagihannya bermain PUBG.
“Assalamualaikum. Saya dah ditinggalkan suami akibat PUBG. Bukan pengaruh rakan tetapi adik beradik dia sendiri.
“Bisnes ditinggalkan terbengkalai angkara PUBG. Saya yang mengandung empat bulan dan anak pertama tiga tahun ditinggalkan.
“Kami bergaduh kerana PUBG. Dia selalu tak cukup tidur, marah-marah. Sekali dengan saya yang tengah mengandung emosi jadi gila.
“Kami selalu bergaduh kerana dia susah bangun pagi angkara berjaga main PUBG. Dia tinggalkan saya kerana nusyuz selalu memarahi dan adik dia sendiri menghasutnya.
“Lebih sebulan kami ditinggalkan. Sakit demam kami anak beranak, terpaksa berdikari. Empat tahun saya tahan tengok dia main game. Tapi sebelum PUBG, tidaklah seteruk ini. Tapi bila wujudnya PUBG, semua berubah. Tambah bila adik dia datang.
“Tolong doakan dia kembali. Kalau boleh, nak je saya report tentang game ini,” luahnya kepada Akhtar Syamir, penulis yang sering berkongsi tentang ilmu rumah tangga.
“Game dan gaming itu tidak salah, yang salahnya apabila anda ketagihan. Adakah jatuh nusyuz kerana isteri sering memarahi suami yang ketagihan game?
“Kenapa kita terlalu teruk dipengaruhi oleh game yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan? Tetapi sebaliknya yang terjadi. Adakah jati diri kita ini terlalu lemah?
“Berhenti menyalahkan isteri apabila anda ketagihan. Jika anda kata isteri anda membosankan dan menjadi penyebab kepada anda untuk bergembira di dalam game, anda sebenarnya sakit mental dan perlukan rawatan.
“Keluarga ini, kita sebagai suami yang bentuk. Senget ke, lurus ke, bahagia ke tidak, kita yang tentukan. Bukan orang lain dan sudah semestinya bukan game! Cari cara untuk gembirakan keluarga, bukan lari dari masalah dan mencari kegembiraan di tempat lain.
“Jika anda rasa menghabiskan masa empat atau lima jam ke atas di dalam game setiap hari tatkala mempunyai anak dan isteri adalah sesuatu yang okey, berjaga-jagalah. Tidak lama lagi anda akan terjerumus ke lubang kesunyian yang amat gelap dan dalam tanpa sesiapa pun di sisi,” katanya.
BACA:
Pemilihan PKR : Semua selebriti kecundang
Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999