Puas tengok lelaki tengking Ahlong, ini yang berlaku

Puas tengok lelaki tengking Ahlong, ini yang berlaku. Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang lelaki yang menengking orang suruhan Ah Long yang datang meminta hutang di sebuah kawasan apartment. Tindakan berani dari individu itu turut mencuri tumpuan ramai apabila dia tidak gentar bersemuka dengan orang suruhan itu.

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya menegur tiga individu yang datang ke kawasan apartment itu pada waktu malam untuk mengutip hutang. Menurutnya, dia tidak suka melihat orang suruhan Ah Long ini yang datang ke rumah peminjam pada waktu mereka sedang meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Menerusi video yang tular dikongsikan di Tik Tok itu, lelaki itu dilihat menengking ketiga-tiga individu itu sebelum meminta mereka pulang dan tidak mengganggu peminjam itu lagi. Tambahnya lagi, Malaysia mempunyai undang-undang yang tersendiri dan tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati seperti itu.

Puas tengok lelaki tengking Ahlong, ini yang berlaku

Mungkin gentar dan takut melihat tindakan berani lelaki itu, ketiga-tiga individu tersebut akhirnya beredar dari kawasan terbabit. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama terpukau melihat keberanian lelaki itu mempertahankan keamanan di kawasan itu dan berani untuk masuk campur dalam hal tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian di atas tindakan berani yang diambil oleh pemuda itu. Ada juga yang berseloroh tidak menyangka orang suruhan Ah Long kelihatan seperti mereka yang masih lagi bersekolah dan ‘skema’ seperti ini.

“Itu along ka, macam tauke kedai hp.”

“Orang macam ni kita perlu support.”

“Mat dah lari takut nak jawab.”

“Macam dalam filem lah terbaik.”

@mustafa_khan1992Jawapan dalam video, Dan terima kasih untuk menyokong perjuangaan kami ❤️🫶🏻♬ original sound – Mustafa_khan2203

BACA:

Bekas menteri komen pasal lirik lagu Malique, “tak sangka..”

Cara keluarkan duit KWSP dengan mudah, tak perlu tunggu pengumuman pun

Reen Rahim buat hal tunjuk tak pakai seluar, netizen perasan sesuatu pula