PRU15 peluang terakhir buat Anwar….

Oleh MHDAILY

PRU15 peluang terakhir buat Anwar…. Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam, banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab-sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai saluran media.

Selain ramai yang mengatakan beliau harus dipersalahkan atas sifatnya sebagai nakhoda yang gagal, tidak kurang menuding jari menggesanya untuk segera berundur dan meletak jawatan.

Kata mereka, Anwar sudah tidak relevan lagi dan PH serta PKR harus dipimpin oleh pemimpin baru jika gabungan itu mahu menang atau mencapai keputusan menggembirakan dalam PRU15 akan datang.

Persoalannya, benarkah tanpa Anwar, PH mampu mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang dan benarkan jika dipimpin Anwar, PH akan terus dibelenggu kegagalan?

Baca Artikel Penuh