PRU15: Pas namakan Hadi Awang calon PM?

PRU15 Pas namakan Hadi Awang calon PM

PRU15: Pas namakan Hadi Awang calon PM? Pas menafikan satu kenyataan yang tular kononnya parti itu menamakan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Parti itu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dan melahirkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.

“PAS menafikan kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS dengan tajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan bertajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’ bertarikh 2 Oktober kononnya mengatakan PAS bersama PN sentiasa memberikan komitmen dengan meletakkan calon yang terbaik membawa agenda Melayu Islam untuk menerajui kepimpinan negara.

Selain mencadangkan Abdul Hadi sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN), kenyataan itu didakwa menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri teguh mengangkat dan mempertahan kepimpinan ulama untuk menerajui negara.

PRU15 Pas namakan Hadi Awang calon PM

PAS nafi kenyataan calonkan Hadi Awang sebagai PM

BACA:

Azi buka mulut lokasi kena culik, kena ‘sorok’ di Laos

Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi

PM dijangka bubar parlimen pada jumaat ini

CATEGORIES