Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Oleh MHDAILY

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada. Proton Saga generasi pertama memang didatangkan dengan pelbagai gimik pemasaran. Anak sulung Proton ini ternyata menerima edisi-edisi khas seperti Proton Saga Knight sehinggalah ke hari ini dengan Proton Saga Edisi Ulangtahun.

Namun begitu, mungkinkah Proton Saga Limousine 1.5A ini model Proton Saga paling mahal? Proton Saga Limousine adalah sebuah model khas yang dikeluarkan pada tahun 1990 dengan harga anggaran sekitar RM 50,000 pada ketika itu. Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 25 pula pernah dijual pada harga RM 54,500 pada tahun 2010.

Model Proton Saga Limousine ini pernah dihantar ke pejabat Perdana Menteri untuk digunakan oleh Perdana Menteri Ke 4 ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir. Dalam wawancara ketika itu, model Proton Saga Limousine ini disasarkan untuk kegunaan VIP dan pegawai tinggi kerajaan bagi menggantikan model-model Mercedes-Benz, BMW dan Volvo.

Baca Artikel Penuh