Protes kehidupan makin daif, lelaki maut bakar diri

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki Tunisia meninggal dunia di hospital kelmarin selepas membakar dirinya, kata saksi dan pakar perubatan, beberapa hari selepas seorang lagi nekad membakar diri untuk memprotes keadaan hidup yang daif di negara itu.

Kedua-dua tindakan itu mengimbau peristiwa seorang penjaja Tunisia, Mohamed Bouazizi yang mati selepas membakar dirinya pada 17 Disember 2010. Kematian lelaki itu mencetuskan revolusi Tunisia dan membawa kepada kebangkitan rakyat dikenali sebagai Arab Spring yang menumbangkan beberapa pemimpin autokratik di dunia Arab.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 35 tahun membakar diri di Lebuh Habib Bourguiba, pusat bandar Tunis, kata agensi pertahanan awam kepada AFP.

Baca Artikel Penuh