Program tak de golongan kayangan cepat je polis kompaun, padu brader ni bagi…

Oh Abang Polis!

Hebat Polis Malaysia ni yer. Laju betul kerja diaorang. Yang ni memang saya puji sangatlah. Tegakkan undang-undang tanpa ada pilih bulu. Tapi bila bab bulu ni..ada la juga bulu kayangan..duk kira nak siasat..nak siasat..sampai kesudah tak selesai-selesai.

Gambar terang-terang nampak duk rapat-rapat pun polis masih nak siasat. Maklumlah Tok Kadi pun menteri. Yang mai ramai-ramai pun bapak-bapak menteri..Rosak terus imej abang polis.

Yang event berlangsung di litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi tu polis cepat pula ambik tindakan. Tak mau siasat dulu ka? Ka sbb takdak pak menteri. Penganjur event, MUSC Motorsport pun dikenakan denda sebanyak RM20,000. Yang artis tu siap pi berbulan madu buka cawangan atas gunung Mat Cincang tak mau terus ambik tindakan..kita siasat dulu la yer. Lawak betul lah

Tapi biasa la..ini kan Malaysia. Nak cakap lebih pun sendiri faham la. Ini negara Ahmad Albab yang punya haha..

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)