PRN Selangor: PH + BN lawan PN

PRN Selangor PH + BN lawan PN

PRN Selangor: PH + BN lawan PN. Pakatan Harapan Selangor tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Selangor yang dijangka pada pertengahan tahun depan.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata PH Selangor sentiasa bersedia sama terpaksa menghadapi PRN bersendiri atau bergabung dengan parti lain.

“Kita kini ke arah perbincangan dengan rakan kongsi kita (BN) dan yang penting sebagaimana pilihan raya lepas strateginya adalah strategi kemenangan.

“Kalau ada persefahaman (dengan BN) sudah pasti sebab kita ingin meneruskan apa berlaku di Pusat. Pasti formula pusat itu ada nilai kestabilan, walaupun Selangor susah cukup stabil, kita tidaklah besar kepala atau bersikap tamak haloba, kalau ada ruang perbincangan kita bincang.

“Saya berharap dapat mengekalkan Selangor, kalau terpaksa sendirian kita sendirianlah. Kalau dapat gabungan dari rakan lain mungkin boleh membantu kita di beberapa kerusi lagi. Kita terbuka untuk perbincangan kerjasama PRN akan datang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran HALALSEL ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

PRN Selangor PH + BN lawan PN

Pada masa sama, beliau turut mengulas mengenai status ketua pembangkang Selangor memandangkan kini BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat.

“Kita ada enam bulan sahaja, kita boleh datang satu kali lagi sidang DUN iaitu Mac, jadi maknanya kalau ada perubahan ketua pembangkang ia tidaklah begitu signifikan.

“Daripada habiskan masa susun kerusi DUN lebih baik kita aturkan perbincangan bagaimana hendak berdepan dengan kerusi dalam PRN, perbincangan kerusi lebih baik daripada ubah kerusi dalam dewan.

“Kalau ada arahan esok, kita boleh tukar tiada masalah, kita boleh aturkan. Kita masih belum dapat menetapkan bagaimana (kabinet) kerajaan Pusat,” katanya.

Sementara itu katanya, beliau juga lebih cenderung untuk kekal di Selangor ketika ditanya jika mendapat tawaran untuk membarisi Kabinet kerajaan Pusat.

“Setakat ini saya masih lagi ‘prefer’ untuk memastikan kemenangan PH dalam PRN Selangor ini. Jadi saya tak ambil peduli tentang posisi di pusat dan sebagainya.

“Fokus saya sebagai pengerusi PH Selangor, Menteri Besar.. saya akan ‘deliver’ untuk pastikan PH menang, mendapat majoriti dan kedudukan stabil sebagaimana yang kita capai tiga penggal lalu. Kalau tanya, saya prefer untuk kekal di Selangor,” katanya.

BACA:

Terkejut netizen tahu harga yang Chef Wan upah bayar nurse jaga ibunya

Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet

Astro terpaksa beritahu pasal ini selepas ramai desak kekalkan Kak Lina GV akan datang

CATEGORIES