PRN Melaka : Umno minta Pas guna logo sendiri, ini jawapan pemimpin Pas

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya negeri Melaka.

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.

PAS menegaskan parti Islam itu tidak terikat dengan syarat atau keputusan parti lain pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, pada 20 November ini.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khairuddin Aman Razali berkata Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan membuat keputusan sendiri.

PRN Melaka : Umno minta Pas guna logo sendiri, ini jawapan pemimpin Pas

“PAS menerusi Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan maslahat (kebaikan) dan mafsadah (keburukan), untung dan rugi pada kesatuan serta perpaduan umat dan bagi mengekang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan berkaitan penggunaan logo perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan bersepakat untuk bertanding di Melaka menggunakan lambang PN.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid ketika melancarkan jentera pilihan raya BN sekali lagi menegaskan yang Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu – parti dominan dalam PN di Melaka.

BACA JUGA : [VIDEO] PDRM lancar kereta peronda polis dengan iCOPS, mampu kesan saman dan waran tangkap
Keluarga Malaysia : Petugas PTPTN mula pelajari bahasa Mandarin