PRN Melaka : PN sedia hadapi tiga penjuru, kata Muhyiddin

Oleh MHDAILY

Perikatan Nasional (PN) sedia berdepan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika UMNO masih berkeras untuk bergerak secara solo tidak mahu menjalinkan kerjasama, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata sejak dari awal PN sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), bagaimanapun pendirian pihak sebelah sana itu tidak jelas dan mereka tidak boleh menunggu terlalu lama kerana masa pengundian yang semakin hampir dan singkat.

“Di peringkat awal lebih seminggu kedua yang lepas bahawa kami bersedia untuk bekerjasama, persoalan yang berbangkit apakah pihak yang sebelah sana bersedia ataupun tidak.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

PN sedia hadapi tiga penjuru, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kita tidak dapat satu jawapan yang tegas dan jelas, masa begitu singkat sudah diumumkan tarikh untuk penamaan calon dan juga untuk tarikh pemilihan ataupun pengundian…

Sebagai sebuah parti dalam Perikatan Nasional, Bersatu dan lain-lain itu bagi saya ini penting.

“Kita tak boleh lengah-lengah. Jadi kalau tidak ada isyarat, saya sebutkan kalau tidak ada syarat yang jelas, kita akan ikut keputusan yang telah dibuat oleh Perikatan Nasional kebangsaan,” katanya semasa sidang media hari ini di Melaka.

Jelas Presiden Bersatu itu lagi, saingan tiga penjuru sememangnya tidak dapat dielakkan jika tiada kerjasama dengan UMNO, namun PN sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Dan parti-parti dalam itu pun iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan juga bersetuju kalau kita perlu. berhadapan dengan tiga penjuru kita bersedia hadapi.

“Dalam politik seperti ini kita mesti sedia menghadapi realiti politik,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga berkata sedia berbaik-baik dengan semua pihak, namun ia realiti yang berbeza dalam politik dan sebarang sebarang kemungkinan boleh berlaku sehingga ke hari penamaan calon nanti.

“Hasrat kalau tanya saya, saya nak berbaik dengan semua orang… Ummahkah, perpaduan ummah itu, perkara yang memang biasa kita alu-alukan.

“Tapi kalau dalam pertimbangan politik, dia tak ada sebut perpaduan ummah pun. Dia tengok perpaduan dan kepentingan parti masing-masing.

Jadi bagi saya kita mungkin tidak boleh berlambat-lambat, jadi kita dah ada keputusan tapi kalau apa pun nanti bila sampai hari penamaan calon kita nanti tengoklah apa yang akan berlaku di situ sama ada akan ada gabungan ataupun tidak,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

BACA JUGA : Gempar !!! DUN Sarawak akan dibubar hari ini