PRN Melaka : Calon positif Covid-19 boleh bertanding – SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tiada halangan bagi calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Abdul Ghani mengingatkan agar borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.

PRN Melaka : Calon positif Covid-19 boleh bertanding - SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan,” katanya kepada Bernama di Menara Persekutuan di Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan agar ujian saringan COVID-19 melibatkan calon dilakukan walaupun tidak diwajibkan.

SPR juga menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala Isnin ini.

“Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Di pintu utama pusat penamaan calon, calon akan diperiksa saringan suhu badan, sekiranya suhu direkodkan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka akan dihantar ke khemah bergejala ini,” katanya.

Seramai 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini dan segala proses semakan dan penyerahan borang penamaan calon akan diuruskan oleh pegawai SPR yang bertugas di khemah untuk mereka yang bergejala itu.

“Kita berharap semua penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak berkumpul serta berarak di kawasan pusat penamaan dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Selepas Covid-19, Bill Gates beri amaran satu serangan penyakit baru pula
Calon muda PH meriahkan lagi PRN Melaka

CATEGORIES