PRN Johor : Pas beri bayangan bakal kerjasama dengan Umno

Oleh MHDAILY

PRN Johor : Pas beri bayangan bakal kerjasama dengan Umno. Selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberi bayangan parti itu sedia bekerjasama dengan UMNO pada PRN Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tertinggi UMNO dalam masa terdekat.

“Kita tunggu dululah PRN Johor jadi atau tidak, kalau jadi kita akan adakan perbincangan dengan UMNO. Komitmen kita sebenarnya dengan UMNO dan lain-lain parti masih lagi berjalan dan kita harapkan mampu mengadakan kerjasama yang baik dalam konteks politik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysia Recyling Alliance (MAREA) di sini, pada Jumaat.

Baca Artikel Penuh