PRN akan diadakan pada bulan Jun

PRN akan diadakan pada bulan Jun

PRN akan diadakan pada bulan Jun, Pakatan Harapan Pulau Pinang berpendapat bulan Jun ada masa yang sesuai untuk adakan Pilihan Raya Negeri bagi negeri Pulau Pinang.

“PH Pulau Pinang ada bermesyuarat dan kita rasa mungkin Jun sesuai kerana kita berada dalam tempoh yang singkat sekarang ini., menurut Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Sebenarnya kita boleh umumkan lebih awal (tarikh PRN), boleh umum dalam Januari atau Februari bahawa kita akan adakan PRN dalam bulan Jun dan bukan waktu terdekat.

“Sekiranya ia dapat dilakukan ia akan mengurangkan ketidakpastian dan akan membuatkan orang ramai lebih bersedia untuk menghadapi PRN,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

PRN akan diadakan pada bulan Jun

“Bagi kami, sama ada Mei atau Jun ia tidak mengapa, tetapi di Pulau Pinang, kami rasa Jun adalah sesuai,” katanya.

“Mesyuarat PH Pulau Pinang telah diadakan pada Ahad lalu, dan kita berharap PH Pusat membuat keputusan atau memberi arahan kepada negeri mengenai soal kerjasama dengan BN.

“Tetapi PH Pusat tidak membuat apa-apa arahan, jadi hanya ada perbincangan secara am sahaja, tidak secara khusus,” katanya.

BACA:

KPKT buka jawatan kosong kepada orang ramai, mohon sekarang

“Ini dia penghasut perkauman!”- Pendakwah bebas kena kecam orang ramai

‘PM Anwar dalam dilema’

CATEGORIES