Presiden Pas bakal dipenjara? Rupanya ini yang Hadi Awang buat

Oleh MHDAILY

Presiden Pas bakal dipenjara? Rupanya ini yang Hadi Awang buat. Biro Undang-Undang AMANAH Nasional (Kanun) menganggap tindakan Presiden Pas,

Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara terang-terangan mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan boleh dipenjara lima tahun.

Pengerusinya, Dr Zulqarnain Hakim berkata, perbuatan yang tidak mengikut Perlembagaan dan demokrasi berparlimen boleh didakwa di bawah Seksyen 124B sehingga 130A.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Presiden Pas bakal dipenjara? Rupanya ini yang Hadi Awang buat

Menurutnya, mana-mana ahli Parlimen yang ingin menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, boleh disiasat di bawah seksyen tersebut.

“Seksyen 124B sehingga 130A Kanun Keseksaan adalah berkaitan dengan kesalahan menggugat demokrasi berparlimen, sabotaj dan espionaj (mengintip).

“Ia juga menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang menyebarkan bahan seperti penerbitan yang boleh menggugat ketenteraman awam atau menghasut kepada keganasan.

Hadi boleh dipenjara hingga lima tahun

“Kesalahan ini adalah berat kerana setiap hukuman itu boleh dihukum penjara antara lima tahun sehingga sepanjang hayat,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang mengaku cuba untuk menjatuhkan kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selain berulang kali mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang.

Mengulas lanjut, Zulqarnain berpendapat bahawa kenyataan pemimpin blok pembangkang itu lebih kepada berunsurkan kenyatan palsu.

“Setakat apa yang dilihat, kenyataan sebegitu adalah palsu kerana sudah terbukti di Parlimen melalui usul undi percaya, Kerajaan Perpaduan disokong oleh dua pertiga majoriti ahli-ahli Parlimen.

“Oleh itu, kenyataan palsu seperti itu (dakwaan pemimpin PN) boleh disabit di bawah Seksyen 124I yang menyatakan, laporan atau kenyataan palsu hingga mendatangkan kebimbangan awam boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kenyataannya yang mendakwa blok gabungan Bersatu dan Pas itu sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sumber: https://harapandaily.com/hadi-boleh-dipenjara-hingga-lima-tahun/

BACA:

“Mak aku tengah ‘syok’ mengaji, ayah pula boleh bantai pula karaoke sekali ini respon mak buat ayah sentap”

“Aku pelik anak aku suka lambai-lambai, tapi takde orang pun, bila suami aku buka cerita, meremang bulu roma aku dengar”