‘Prank’ campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

Prank campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

‘Prank’ campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai. Pada hari ini ramai anak-anak muda berebut mahu membuat ‘wang mudah’ dengan menjadi seorang pencipta konten digital. Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja yang dapat memberikan manfaat buat masyarakat, selebihnya sekadar mengundang kecaman dan makian netizen sahaja.

Baru-baru ini tular satu rakaman video TikTok di mana ada seorang TikToker membuat konten ‘prank‘ dengan mencampak sebiji kek ke arah muka seorang wanita yang ketika dia sedang menemani anaknya seorang OKU berkerusi roda beriadah di taman rekreasi.

“Ini adalah surprise semata-mata. Ini hanya nak menguji kesabaran akak menjaga anak-anaknya. So kita nak tengok reaksi akak. Minta maaf sangat-sangat kak,” kata TikToker itu.

“Tak patut. Kenapa nak buat saya? Saya tengah bawa anak saya tau,” soal wanita tersebut.

“Ya saya nak menguji kesabaran akak membawa anak. So alhamdulilah akak tak serang saya, akak cuma meninggikan suara. So saya minta maaf kak dari hujung rambut sampai hujung kaki,” jelas TikToker itu lagi.

Prank campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai'Prank' campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

Wanita tersebut berasa sangat kecewa dengan jawapan tidak munasabah yang diulang-ulang oleh TikToker terbabit — sekadar mahu menguji kesabaran seorang ibu menjaga anak OKU.

Tindakan TikToker itu telah mendapat kecaman netizen dan orang ramai mahu pembelaan yang adil buat wanita tersebut yang ‘dimalukan’ di khalayak ramai, lebih-lebih di hadapan anaknya sendiri.

Difahamkan TikToker itu juga merupakan salah seorang peserta program realiti yang dianjurkan bersama oleh seorang selebriti, rangkaian pasar raya dan platform TikTok.

Seramai 12 TikToker perlu menyiapkan tugasan membangunkan pelbagai tema konten video selama lapan minggu untuk merebut hadiah wang tunai RM80,000.

Tujuan program realiti itu diadakan untuk mengembangkan komuniti pencipta konten digital yang boleh mengubah impak viral kepada positif terhadap orang ramai.

Nampaknya video konten yang dicipta TikToker terbabit sudah jauh tersasar daripada objektif utama, bahkan menerima tentangan dan kritikan masyarakat setempat.

BACA:

Menteri Agama akan teruskan agenda RUU355

“Sampai bergegar katil suami Neelofa buat..”

Jawab telefon masa PC, Fahmi akui benda tu memang lucu

CATEGORIES