Prabakaran harap rekod usia mudanya dilantik wakil rakyat bakal dipecahkan

Oleh MHDAILY

Prabakaran harap rekod usia mudanya dilantik wakil rakyat bakal dipecahkan.Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran iaitu ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara pada usia 22 tahun, menaruh harapan yang besar agar Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dipenuhi oleh pemimpin yang muda suatu hari nanti.

Ia susulan dengan keputusan tujuh buah negeri iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak dan terbaharu Pulau Pinang telah meluluskan usia kelayakan calon ADUN kepada 18 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu, Prabakaran yang bertanding atas tiket Bebas muncul sebagai ahli Parlimen selepas menang dengan memperoleh 38,125 daripada 76,328 keseluruhan undi di P.115 Batu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Persoalannya dengan tujuh negeri sudah meluluskan calon ADUN berumur 18 tahun, adakah kita akan menyaksikan rekod Prabakaran akan dipecahkan pada PRU15 nanti. Dan adakah parti-parti politik Malaysia mempunyai keberanian untuk meletakkan calon pucuk muda berusia 18 tahun?

Prabakaran

Ini kerana perlu diingat, Prabakaran melakukannya sebagai calon Bebas sebelum menyertai PKR.

Ikuti temubual wartawan Sinar Premium, Nurul Riduan Nor Ashaha bersama Prabakaran yang mahukan pembaharuan dalam politik negara sekiranya mahu penglibatan anak muda dalam arena politik negara.

SINAR PREMIUM: YB sebelum ini bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu dan menang sebagai ahli Parlimen paling muda pada usia 22 tahun. Pada pandangan YB adakah PRU15 nanti akan memperlihatkan lebih ramai calon muda?

PRABAKARAN: Saya rasa akan nampak peningkatan daripada segi calon atau penglibatan anak muda dalam bidang politik atau perkara pembangunan negara terutamanya kalau kita lihat zaman sekarang terutamanya waktu Covid-19 dan waktu krisis politik ramai anak muda bangkit dan memberi pelbagai kenyataan berkaitan krisis politik ini.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/153247/wawancara-/wawancara-eksklusif/harap-ada-orang-pecahkan-rekod-wakil-rakyat-termuda-saya

BACA: Terkini !!! Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden AMANAH yang baharu