Potong kek hari jadi guna pedang samurai, 5 ditahan Polis

Oleh MHDAILY

Potong kek harijadi guna pedang samurai, 5 ditahan Polis. Polis menahan lima lelaki menerusi tiga serbuan berasingan pada lewat malam Rabu lepas, susulan satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan majlis sambutan hari jadi, yang berunsurkan aktiviti kongsi gelap.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Nurulhuda Mohd Salleh berkata, menerusi video berdurasi selama 30 saat yang dikesan pihaknya itu, polis mengesyaki kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di kawasan Batu 10 Jalan Kapar, Klang dekat sini.

“Turut di kesan dari hasil pemerhatian dalam video tersebut terdapat logo atau lambang dipercayai dari sebuah kumpulan kongsi gelap (Geng 08), yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram di bawah kesalahan Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh