Poster “tiga sekawan penggemar durian”, Maria Chin dan Sivarasa buat laporan Polis

Oleh MHDAILY

Poster “tiga sekawan penggemar durian”, Maria Chin dan Sivarasa buat laporan Polis. Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa fitnah menerusi media sosial pada Sabtu.

Kedua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hadir bersama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 11 pagi untuk membuat laporan tersebut di sini.

Sivarasa berkata, satu artikel dan poster sebelum ini tular mendakwa beliau bersama Maria Chin serta Ahli Parlimen Damansara, Tony Phua Kiam Wee sudah menerima tawaran ‘durian’ untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Baca Artikel Penuh