Politikus gagal yang patut letak jawatan, bukan penjawat awam

Oleh MHDAILY

Ahli politik ‘gagal’ patut meletakkan jawatan pentadbiran negara dan bukan penjawat awam yang berkhidmat dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mahu penjawat awam melepaskan jawatan sekiranya tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka.

“Saya tidak bersetuju dengan Hadi kerana saya percaya pemimpin politik yang gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya; sebagai contoh Kabinet Muhyiddin lah yang perlu meletak jawatan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Saya tidak menyalahkan penjawat awam yang tidak mahu melihat perkhidmatan awam negara terjerumus ke lembah kakistokrasi,” kata Lim pada satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

β€œMengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

β€œ… secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya.

Pun begitu, hari ini Lim berkata kegagalan kerajaan PN dapat dilihat melalui pengumuman perintah kawalan pergerakan ketiga di seluruh negara (PKP 3.0) semalam, kurang dari sebulan selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa mungkin tidak ada PKP menyeluruh.

“Tiada siaran langsung pengumuman pelaksanaan PKP oleh perdana menteri semalam.

“Mungkin ia suatu rahmat bagi Muhyiddin yang sudah tentu sedia maklum bahawa rakyat kini sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap sebarang keputusan dan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pandemik Covid-19.

“Keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0 adalah hasil selepas dua hari yang penuh kucar-kacir dan kekeliruan dalam cara kerajaan mengendalikan wabak Covid-19, dengan setiap kementerian masing-masing membuat kenyataan yang mengelirukan dan bercanggah antara satu sama lain mengenai makna PKP 3.0 dan PKP Bersyarat, menyebabkan kesusahan kepada rakyat, terutamanya golongan peniaga kecil dan PKS.,” tambahnya.

Lim berkata Malaysia antara negara dengan prestasi paling buruk dalam pertempuran melawan Covid-19 di rantau ini dan memberi amaran keadaan boleh menjadi “mini-India”.

India kini mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kes Covid-19 baru di dunia.

Semalam, India menambah lebih daripada 366,000 kes Covid-19 baru, lebih daripada 10 kali ganda kes baru di Brazil dengan 34,162 kes, yang berada di tempat kedua.

“Adakah Muhyiddin dan Kabinet akan bertanggungjawab terhadap krisis Covid-19 yang semakin memburuk di Malaysia,” soal Lim.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/574212