Politik ‘rimba’ Pas Kedah

Politik ‘rimba’ Pas Kedah.

Penyelaras DUN Pengkalan Kundur adalah YDP Pas Kawasan Kuala Kedah, beliau dikatakan telah menghalang kehadiran YB Adun Pengkalan Kundur sebagai seorang ‘sukarelawan’ KKM untuk program vaksinasi di dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur.

Alasannya ? Kerana ADUN Pengkalan Kundur, Dr Ismail Salleh dari Parti Amanah.

Politik ‘rimba’ Pas Kedah

Itulah Pas ! Yang masih mengamalkan politik ‘rimba’ dalam era kemajuan ‘berfikir’ ini. Pas rasakan bahawa Pas adalah segalanya.

Sewaktu PH memerintah Kedah dan Dr Ismail menjawat sebagai Exco Agama Kedah, beliau telah menyampaikan bantuan kepada sekolah Pas (yang dimiliki oleh Dewan Pemuda Pas dan pengerusi sekolah tersebut adalah Pas) bagi pihak kerajaan Kedah .

Ada penyokong PH yang marah, namun “siapapun yang memohon dan memenuhi syarat, mereka perlu dibantu” kata Dr Ismail .

Salah seorang pimpinan ‘atasan’ Pas Kedah pernah memohon sumbangan untuk satu majlis yang dianjur oleh sekolah yang dikelola oleh beliau kepada Dr Ismail, Dr Ismail telah meluluskan permohonan tersebut dan ternyata sumbangan itu dari ‘sumber’ peribadi Dr Ismail.

Payah sangat kalau kita berdepan dengan para pemain di padang demokrasi, tetapi tidak berjiwa demokrat.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Tular video rusuhan di tokong, ini penjelasan Polis

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    Ontonio Putra 4 weeks

    Tenguklah siapa MB, aliran sungai pun rancang nak alihkan, kenapa? Sbb politik rimba kuno.