Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons

Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons. Adakah [email protected] telah menguasai para pemerintah di Malaysia? Semakin hari pertubuhan ini semakin berani menonjolkan diri tanpa berselindung lagi.

Terbaharu, Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan pertubuhan tersebut, sumbangan itu bagi memastikan semua orang terutamanya pasukan barisan hadapan, memandangkan Malaysia masih berlawan dengan pandemik Covid-19 dan sedang beralih ke fasa endemik.

Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons

“Anggota polis adalah antara pasukan barisan hadapan yang berdepan dengan orang ramai setiap hari dan amat terdedah dengan virus itu,” katanya.

Majlis penyerahan 5,000 pelindung muka itu berlangsung di ibu pejabat polis di Ipoh, Perak pada 15 Oktober lalu.

Antara wakil pertubuhan yang hadir dalam penyerahan pelindung muka kepada Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash, merupakan Jeyaraj Ratnaswamy dan Arthur Yeong.

“Pertubuhan ini merancang untuk mengedarkan 5,000 pelindung muka kepada PDRM di Pulau Pinang dan Kedah pada minggu akan datang.

“Sumbangan ini diharapkan akan membantu dalam memastikan anggota polis sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika menjalankan tugasan mereka,” katanya.

Orang-orang Melayu harus berani tampil menentang agenda New world Order yang dibawa oleh pertubuhan Freemason.

BACA JUGA : Panas !!! Lama berdiam diri, akhirnya Hadi buka mulut isu arak TIMAH
Umno capai keputusan muktamad, tolak kerjasama dengan Bersatu
Ketua Bahagian Bersatu umum keluar parti, anggap parti itu sudah mati sejak ‘Langkah Sheraton’

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons […]